PKR Cabang Batu Kawan's Blog

Dibawah Pimpinan YB Tuan Law Choo Kiang

SURAT BERANTAI UNTUK SPRM, JALANKAN AMANAH KAMU UNTUK RAKYAT.

1st Order 0501st Order 057

LET'S PROCEED YANG MULIA PUAN LATIFAH BINTI MD YATIM
LET’S PROCEED YANG MULIA PUAN LATIFAH BINTI MD YATIM

DSC00513

SUATU PENGKHIANATAN OLEH KERAJAAN MALAYSIA, MENERUSI SPRM, TERHADAP AMANAH MEMELIHARA KESELAMATAN SETIAP RAKYAT

YB Dato Sri HJ Ahmad Said Bin Hamdan,
Pertama sekali kami Seketariat Pembantu Khas Exco, Kerajaan Pulau Pinang berasa amat sedih dan kesal dengan kematian mendiang Teoh Beng Hock pada pihak SPRM yang mana seolah-olah lepas tangan yang mana mendiang ditahan dibawah jagaan SPRM kononnya membantu siasatan mereka.
Kematian adalah suatu misteri dan yang kagumnya  darah mendiang hilang melayang dan hanya tubuh yang  kurang darah terbujur kaku…..dibumi nyata.

Adalah dengan ini kami menuntut ditubuhkan satu Siasatan Suruhan Di Raja khas bagi menyiasat misteri disebalik kematian Saudara Teoh.
Wanita KEADILAN amat sedih dengan berita kematian seorang anak muda, Teoh Beng Hock (30), aktivis, idealis dalam arena politik Pakatan Rakyat. Penglibatan aktif beliau telah memberi harapan kepada keluarga, rakan-rakan seperjuangan, khususnya dalam DAP, bahawa beliau memiliki masa depan yang cerah dalam karier politik beliau. Kematian beliau dalam suasana yang menimbulkan seribu satu tanda tanya, amatlah menyayat hati seorang ibu, yang telah kehilangan seorang anak kesayangannya, tempat membahu berbagai harapan, tetapi kini musnah secara mengejut. Hasrat untuk melihat anaknya mendirikan rumahtangga dengan kekasihnya hari ini juga hancur berkecai. Bahkan mana-mana ibu yang akan menganggap Teoh seolah-olah anaknya juga, akan merasai yang serupa.
Apakah mesti berlakunya tragedi barulah sistem dan peraturan yang ada dalam agensi-agensi kerajaan dikuatkuasakan atau diselia lebih ketat? Tidakkah budaya preventif lebih memberi jaminan keselamatan kepada rakyat?
SPRM yang belum beberapa bulan diwujudkan telah semestinya tercemar imej dan dipandang negatif kerana tregedi kematian Teoh berlaku di bangunan Pejabat SPRM sendiri. SPRM wajar segera melaporkan kesemua siasatan dan memberikan hak sepenuhnya kepada keluarga Teoh untuk memastikan bahawa siasatan itu adil dan telus. SPRM wajar memberi segala bantuan dan nasihat kepada keluarga Teoh dalam menyelesaikan kes kematian beliau, terutamanya mengenai hak waris Teoh dalam proses penyiasatan, bagi membersihkan sebarang anggapan negatif terhadap SPRM.
Kehilangan nyawa dalam apa jua keadaan merupakan suatu peristiwa yang dahsyat bagi mana-mana keluarga yang terbabit. Ia juga bermakna kehilangan yang besar kepada sesebuah negara kerana rakyat adalah aset terpenting bagi setiap negara. Oleh itu, pemeliharaan nyawa rakyat Malaysia dalam setiap konteks dan keadaan mestilah diambil berat oleh kerajaan Malaysia, lebih-lebih lagi sekiranya ia berlaku dalam perkarangan pemeliharaan keselamatan sebuah agensi Kerajaan.
Wanita KEADILAN menuntut agar tragedi kematian Teoh disiasat dengan serta-merta secara telus. Pihak berkuasa seperti SPRM dituntut untuk mengambil pendekatan memastikan keselamatan fizikal, mental dan jiwa mereka yang didapati tidak bersalah selepas soal-siasat, terutamanya apabila mereka masih berada dalam kawasan di mana soal-siasat telah dilakukan. SPRM telah lalai dalam memberi jaminan keselamatan sedemikian dalam konteks kemanusiaan dan konsep kerajaan yang dikatakan mementingkan keselamatan dan kesejahteraan rakyat umum. SPRM patut menggantung serta tidak meneruskan siasatan mengenai Perbelanjaan Peruntukan ADUN selagi siasatan ke atas kes kematian Teoh Boon Hock tidak diselesai dan dikemukakan hasil siasatannya kepada awam.

Suruhanjaya Diraja: Peluang Terbaik Himpit Najib Ke Dinding

BANGI 24 Julai – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, fungsi Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat punca kematian Setiausaha Politik kepada seorang Exco Selangor, Teoh Beng Hock tidak akan diperluaskan 

Perdana Menteri berkata, Suruhanjaya itu akan kekal seperti yang telah beliau umumkan kerana ia selaras dengan peruntukan undang-undang manakala punca kematian Beng Hock akan diketahui menerusi inkues khas.

 

 

Komen lawak untuk Najib dan UMNO.

Ini adalah peluang terbaik untuk memberikan satu daya tujahan ke atas parti UMNO dan kerajaan BN , kerana ketakutan mereka dalam menangani isu ini ketara sekali seperti permintaan Muhyidin supaya suruhanjaya diraja dihormati

Advertisements

July 23, 2009 - Posted by | Uncategorized

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: