PKR Cabang Batu Kawan's Blog

Dibawah Pimpinan YB Tuan Law Choo Kiang

YB Tuan Law Choo Kiang, Projek Tebatan Banjir bersama Madrasah Ad-Diniah Sungai Bakap

Masalah Banjir Di Sungai Bakap Selesai 100_6207100_6210

100_6234100_6212

Warga Madrasah Ad-Diniah melahirkan kesyukuran apabila masalah banjir sejak berpuluh tahun selesai selepas parit diperbesarkan melalui projek tebatan banjir oleh Ahli Undangan negeri Bukit Tambun, YB Tuan Law Choo Kiang.

Penerangan dari yang berusaha Guru Besarnya, Hajjah Puan Jau Zaharah Shaari, berdepan dengan masalah banjir ini sekaligus mengganggu proses pembelajaran seharian dimana peruntukan sebelum ini kontrektor hanya mampu menukar pembetungan kepada saiz yang sama dan tidak diperbesarkan. Beliau bersyukur diatas prihatin YB Tuan Law Choo Kiang dimana aduan yang hanya baru dibuat dan pelaksanaanya begitu effective dan sejak bulan Jun ’09 project siap dilaksanakan dan tiada aduan diterima tentang masalah banjir walaupun ketika hujan lebat beberapa hari ini.

Sementara itu, YB Tuan Law Choo Kiang berkata, selepas aduan diterima pihaknya bertindak membesarkan lubang pembetungan parit untuk mengurangkan limpahan air dari Bandar Gemilan dan persekitaran Taman di Sungai Bakap yang sebelum ini menyebabkan banjir apabila hujan lebat. Tindakan drastik ini dibuat memandangkan untuk menjaga kebajikan murid yang menuntut ilmu yang mana keadaan sekolah dilanda banjir boleh mengganggu proses pembelanjaran. Kita akan pantau dari masa kesemasa untuk tidak memberi tekanan kepada guru-guru ketika mengajar dengan masalah banjir ini, jelasnya lagi.

Beliau mengumum untuk meluluskan permohonan tambahan madrasah berkenaan sebulan lalu untuk membuat pondok bacaan kerana dilihat sebagai satu keperluan. Hadir sama dalam majlis berikut adalah Ketua Wanita PKR Cabang Batu Kawan Puan Asma Sultan, Setiausaha Wanita PKR Cabang Batu Kawan Noryani Yusoff dan AJK Ranting PKR Taman Merak Jamilah Md Noh.

Advertisements

August 17, 2009 - Posted by | Uncategorized

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: